JPJ sasar RM5b tahun ini hasil inisiatif pendigitalan

Untuk perolehan tahun 2023, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan kutipan lebih RM5 bilion hasil pelaksanaan inisiatif pendigitalan.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, tahun lalu kutipan hasil JPJ berjumlah RM4.29 bilion dan 64.5 peratus perolehan disumbang melalui pembayaran cukai jalan dan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM), laporan Bernama.

“Kutipan hasil JPJ adalah antara tertinggi negara selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Kalau ikut statistik tahun lepas, kita berjaya kutip purata RM11 juta sehari,” katanya kepada pemberita semalam.

Beliau turut berkata, inisiatif pendigitalan yang dilancarkan baru-baru ini memudahkan orang ramai untuk berurusan dengan JPJ tanpa hadir ke pejabat.

Menerusi 201 buah Kios JPJ di seluruh negara, ia telah mengutip hasil sebanyak RM120.7 juta menerusi perkhidmatan tersebut.

Paul Tan's Automotive News

#JPJ #sasar #RM5b #tahun #ini #hasil #inisiatif #pendigitalan

Back To Top