Category: Bahasa Malaysia

VIDEO: Perodua Bezza dan Honda City bertembung; pemandu selamat, keluar buka pintu sendiri

Seorang pengguna Facebook dengan akaun bernama Mohd Hairi Mharryz telah memuat naik satu hantaran video dashcam yang memaparkan insiden kemalangan berdepan antara sebuah Honda City GM2 dan juga sebuah Perodua Bezza, didakwa berlaku berhampiran Pusat Giatmara Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Dalam video berdurasi 30 saat tersebut, dapat dilihat Honda City itu tiba-tiba terbabas dan masuk […]

EVx 2023: Petronas lancar Pelan Keahlian Gentari – harga promosi RM399, diskaun 50% untuk pengecasan

Sentiasa komited dengan agenda EV, Petronas telah hadir di acara EVx 2023 di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam dengan mempamerkan pelbagai inisiatif di tapak pameran. Salah satunya adalah sistem pengecasan awam, yang dibuat melalui anak syarikatnya, Gentari. Pemilik kenderaan EV kini boleh mendapatkan Pelan Keahlian Gentari, yang dilancarkan dengan diskaun RM500 bagi 100 […]

Tan Sri Vincent Tan saman kerajaan Malaysia kerana tamatkan LOI Naza-Berjaya dan pilih semula Spanco

Pengasas dan Penasihat Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan telah memfailkan saman terhadap Kementerian Kewangan (MoF) kerana menamatkan surat hasrat (LOI) yang ditawarkan kepada Syarikat usaha sama (JV) Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza, lapor Berita Harian. Menurutnya LOI yang berkaitan dengan kontrak untuk membekalkan kenderaan kerajaan, ditamatkan tiga bulan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil […]

Polis Perak tawarkan 50% diskaun saman trafik terpilih pada 16 Julai 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh

Sempena dengan majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023, Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak bakal menawarkan pengurangan saman trafik terpilih sebanyak 50% pada Ahad ini, 16 Julai. Program berkenaan akan berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, dari jam 8.30 pagi hingga 3 petang. Walau bagaimana pun, pemberian diskaun saman ini tidak ditawarkan […]

Jualan Perodua naik 13.6% untuk separa pertama 2023; 144,690 unit terjual, Bezza model paling laris

Perodua mengumumkan bahawa ia berjaya menjual sebanyak 144,690 unit kenderaan untuk enam bulan pertama 2023. Angka berkenaan dilihat naik 13.6% berbanding tempoh sama tahun lalu dengan jualan sebanyak 127,343 unit kenderaan dari Januari sehingga Jun 2022. Angka jualan tersebut dicapai menerusi produksi kenderaan yang dihasilkan Perodua yang mencecah 153,813 unit pada separa pertama tahun ini, […]

Chery Omoda 5 dilancar di Malaysia – bermula RM109k, CKD, 1.5L Turbo berkuasa 156 hp/230Nm

Serentak dengan pelancaran Tiggo 8 Pro hari ini, Chery turut melancarkan sekali SUV segmen-B Omoda 5 sebagai dua model awalannya untuk kembali semula ke pasaran Malaysia. Model ini hadir hanya dalam dua varian, dijual pada harga bermula RM108,800 untuk varian asas Omada 5 C dan RM118,800 untuk varian tertinggi Omoda 5 H. Harga yang dinyatakan […]

OP Lancar sempena Aidiladha 2023 catat 7,644 kes kemalangan jalan raya dengan 85 kematian – JSPT

OP Lancar yang dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman sempena Hari Raya Aidiladha 2023 telah merekodkan 7,644 kes kemalangan di seluruh negara bagi tempoh 28 Jun hingga 2 Julai lalu. Menurut Pengarah JSPT Datuk Seri Mat Kasim Karim, ia turut mencatatkan seramai 85 individu meninggal dunia dalam 79 kemalangan jalan raya […]

Kembar Perodua Alza, Daihatsu Xenia hanya terima 3-Bintang dalam ujian keselamatan ASEAN NCAP

Ketika Perodua Alza 2022 dilancarkan Julai tahun lalu MPV berkenaan telahpun diumumkan menerima pengiktirafan lima-bintang dalam ujian pelanggaran keselamatan Penilaian Kereta Baharu untuk Asia Tenggara (ASEAN NCAP). Namun baru-baru ini ASEAN NCAP telah menguji kembar Alza untuk pasaran Indonesia iaitu Daihatsu Xenia, dan model berkenaan hanya menerima pengiktirafan tiga-bintang. Menurut ASEAN NCAP, Xenia merupakan model […]

Perodua Axia E manual 2023 dilihat di Malaysia — warna kelabu baru, bampar lama; bakal dilancar?

Ramai yang sedia maklum, ketik Perodua Axia 2023 dilancarkan Februari lalu, pengeluarnya akan tetap menawarkan varian E dari generasi pertama model itu bagi memenuhi keperluan sebagai kereta paling murah di Malaysia. Tidak dinyatakan secara tepat bila Axia E tersebut akan diperkenalkan semula (asalnya April), dan tidak juga ada perincian spesifikasi dan harganya. Namun kini pengenalannya […]

Toyota Raize Hybrid dan Daihatsu Rocky Hybrid lulus ujian semula UN R135 yang dilakukan secara dalaman

ProEXR File Description=Attributes=cameraAperture (float): 35.9994cameraFNumber (float): 8cameraFarClip (float): 1e+030cameraFarRange (float): 1e+018cameraFocalLength (float): 95cameraFov (float): 20.7935cameraNearClip (float): 0cameraNearRange (float): 0cameraProjection (int): 0cameraTargetDistance (float): 1e+018cameraTransform (m44f): [{0.597345, -0.800399, -0.0503996, -868.554}, {-3.46945e-018, 0.0628436, -0.998023, 131.175}, {0.801984, 0.596165, 0.0375393, 627.938}, {0, 0, 0, 1}]channels (chlist)compression (compression): ZipdataWindow (box2i): [0, 0, 4676, 3219]displayWindow (box2i): [0, 0, 4676, 3219]lineOrder (lineOrder): Increasing […]

Back To Top