JPJ umum sistem mySIKAP alami gangguan capaian perkhidmatan pada 7-19 April 2023, 6 petang-6 pagi

JPJ telah mengumumkan perkhidmatan mySIKAP bakal mengalami gangguan capaian bermula hari ini hingga Ahad, 7-9 April, dari jam 6 petang hingga 6 pagi. Mungkin juga ia adalah untuk kerja-kerja penyelenggaran atau pun naiktaraf sistem, tidak pula dimaklumkan oleh JPJ.

Dimaklumkan perkhidmatan yang terlibat termasuklah kaunter JPJ (cawangan dan negeri), portal awam dan portal rakan niaga, integrasi bersama agensi dan rakan niaga, pembayaran e-wallet untuk permit kemasukan kenderaan (VEP), aplikasi MyJPJ, JPJ eBid dan kios JPJ.

Nasib baik jugalah gangguan capaian perkhidmatan ini berlaku pada hujung minggu, bukan hari bekerja. Jadi, bagi yang ada urusan dengan JPJ, harap bersabar.

Paul Tan's Automotive News

#JPJ #umum #sistem #mySIKAP #alami #gangguan #capaian #perkhidmatan #pada #April #petang6 #pagi

Back To Top